Sunday, 22 May 2016

Safety Indicators/ Penanda Aras....

  1. Teringat saya pada sgeri pada satu kesah...ngeri pada mulanya, tapi bila dikenang-kenangkan semula, lucu pulak jadinya. Maaf ya sekiranya penyataan ini menyinggung perasaan mana-mana pihak....(jangan ambil hati tau)
  2. Didalam satu Operation Meeting (dipanggil ops meeting) yang rutin, dibuat secara berkala dan sentiasa didahului dengan safety sharing sebagai pemula (bagus ditiru ni...memulakan sesuatu meeting dengan safety...demi membudayakan safety di kalangan pekerja..), ada salah seorang Pengarah (dibaca DIRECTOR) yang untuk sekian nya membangitkan kawasan kerjanya tidak selamat. (atau dia tidak berasa selamat barangkali)
  3. Apabila ditanya atas dasar apa pernyataan nya itu, "tak nampak pun poster-poster safety ke, slogan-slogan ke, kosong jerrr".
  4. Lah, pasal tu je ke dirasakannya keadaan tidak selamat...ingatkan disebabkan kemalangan yang kerap terjadi dan kebanyakkannya adalah fatality...bikin saspen jer...
  5. Kengkawan, semua...itulah realitinya. Manusia; bergantung latarbelakang nya akan melihat safety dari sudut yang berlainan dan amat berbeza setiap satunya. Mereka melihat apa yang dipanggil Safety Indicators atau Penanda Aras Keselamatan/Safety ini pelbagai, tetapi terbahagi kepada dua secara amnya.
  6. Samada "Physical Safety Indicator" atau "Non-physical Indicators", penunjuk aras ini adalah menjurus kepada  "tahap keselamatan" di sesuatu tempat/kawasan. Selalu terjadi bukan?
  7. Ngeri sebab terpaksa berdepan dengan bos-bos yang pandai2 lagi cerdik tentang Safety...(pandai dan cerdik bercakap je lah...) dan yang melucukan pula adalah bila mengenangkan kembali bagaimana perbincangan tersebut berlaku...
  8. Jadi....sebagai Pengamal Safety apakah yang harus anda lakukan untuk memenuhi kepercayaan DIRECTOR tersebut,...
  9. Walaupun nampak remeh, penanda aras/KPI, atau onjektif adalah penting...cuma bagaimana kita setkan prioritas nya.....
  10. Kengerian akan bertambah sekiranya bos kita...lebih suka main wayang...daripada menyelesaikan masalah sebenar...huhu....
  11. Kita diskas panjang lebar di kelas nanti ya....call kami...TeamMaster akan senantiasa memberi yang terbaik.

Tuesday, 27 November 2012

Drugs and Alcohol Free Workplace Program

Ada juga orang bertanya, bagaimanakah cara terbaik melaksanakan program DFWP ni? Adakah dengan sub kan ke AADK atau otoroti yang lain, itu sudah memadai? Atau standard/ undang-undang mana yang terguna pakai? Macam2 perkara juga sebenarnya yang tersirat dan tersurat dalam program ini.

Kalau nak di ceritakan apakah dadah dan jenis-jenis nya, bolehlah cuba2 jenguk blogspot ni..."http://www.radioinformasi.com/2012/05/10/dadah-jenis-jenis-kesannya". sarat juga info nya..


Lepas tu, kami ada juga sediakan program DFWP ni. Macam flyers ni.


So, sesiapa yang rasa berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh lah roger2 kami k.

ps: Kalau rasa sesuai, boleh share dengan kawan2 ya....



Tuesday, 4 September 2012

Apple's latest invention - iPad Neck?

Semalam saya menghadirkan diri di satu sesi perkongsian berkenaan ergonomic, yang dibawakan oleh seorang Professor dari salah sebuah universiti terkenal dari negara James Dean. Perkongsian yang cukup bersahaja dan santai tetapi cukup sarat dengan isi untuk ditimba. Berbaloi jugak saya attend. Maklumlah, professor dari amrika dan sangat memang expert dengan topik nya tu.

Antara yang mendapat perhatian saya adalah, di Amerika sekarang, terdapat satu ergonomic isu yang sedang hangit diperkatakan adalah apa yang dipanggil "iPad Neck". Ya..iPad Neck tu penyakit dan bukannya product baru keluaran Apple si gergasi komputer dari Amerika tu!. Menarik bukan...

Jadinya saya cubalah rajin2kan diri mengetik papankunci memanggil pakcik Google...dan hasilnya saya jumpa link kat bawah ni yang agak relevan dengan topik kita ni...so saya share je lah...

http://www.gottabemobile.com/2012/01/26/eveything-you-need-to-know-about-ipad-ergonomics/

Enjoy your reading ya...



ps: kalau rasa menarik je macam coretan saya ni, sudu-sudikan lah share sama kengkawan...klik je kat ikon bwh tu...fb ke twitter ke...tq eh...tapi kalu rasa ada nak komen, tulis je kan ruangan komen di bawah tu...ya kengkawan.

Monday, 3 September 2012

COSH 2012 - Spot the Hazard

COSH datang lagi...versi yang ke berapa saya pun kurang pasti, tapi kemeriahannya jika diukur dari jumlah penyertaan yang melebihi 1600 orang (termasuk yang kena rejek sebab tak cukup tempat) tetap meriah. Kali ini pihak pengajur, NIOSH tampak lebih bersedia dan garang berbanding dengan berapa versi yang lalu. Persiapan mereka mengujakan serta meyakinkan. Petugas berada hampir di setiap sudut memerhatikan perjalanan majlis...walaupun ada seorang dua yang agak kelat melemparkan senyuman...mungkin kepenatan barangkali setelah bertugas lebihmasa. Maklumlah, nak melayan serta memuaskan harapan semua tetamu yang berjumlah hampir 1300 tu bukannya satu tugasan remeh kan. Jika tidak betul temponya, haru jugak jadinya. Apapun setakat hari kedua tadi berakhir (kecuali berlakunya sedikit silap cara pengacawati mengumumkan cabutan bertuah menggunakan nombor Id) belum ada sesuatu yang besar untuk digosipkan.  Hampir kesemua peserta berasa hepi...Tahniah penganjur (NIOSH and the Geng)!!! 

“I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.”
Maya Angelou (born 1928);
Poet, Dancer, Producer, Playwright, Director, Author



Majlis pembukaan rasmi oleh YAB Menteri Sumber Manusia dan ucapan dasar Tan Sri Lee Lam Thye sungguh mengujakan. Kalaulah ianya boleh diterjemahkan ke alam yang praktikal dan nyata, semestinya Malasia negaraku ini akan menjadi negara yang selamat dan sihat serta terus menerus menjadi pilihan pelabur luar untuk terus melabur di Malaysia kan? InsyaAllah satu hari nanti....

Dalam pada itu, saya tertarik dengan satu ungkapan didalam ucapan dasar oleh Pengerusi NIOSH itu...katanya (setelah diterjemahringkaskan oleh saya) "safety is not a priority anymore because PIORITY CHANGES, BUT THE CULTURE NOT...so, in order to have a real safe workplace we need a safety culture"...betul juga penyataan tu kan. Hebat jika dikaji maksudnya yang tersirat tu. Seakan kita selama ini yang terbawa bawa  slogan "Safety First" itu tertinggal dari segi pemikirannya pula. Hebat safety ni...

Tapi dipersekitaran yang sama juga, disebalik kata-kata hikmah tadi, sedar atau tidak...atau terlepas pandang...ada pula hazard yang betul-betul didepan mata...perasan tak? Ce perhati...sangat jelas tanpa perlu memerah keringat sure kita boleh nampak...atau kita hanya melihat tanpa memandang kah? Try harder....




Nampak apa bezanya dengan lanyard COSH2012? mmmm....cer tengok sedara sedara nya lanyard tu betul betul....ada bezakan...iaitu Safety Pin. Kebanyakan lanyard yang bertaburan di pasaran ketika ini agak kurang yang mempunyai safety feature ni. Mungkin kerana harganya masih lagi agak mahal jika dibandingkan dengan lanyard biasa di kala ini, tetapi cuba renung sejenak apa yang boleh kita lakukan dengan lebihan harga beza ini setelah berlakunya kecelakaan...berbaloi kah jumlah tersebut? Hanya dengan RM2~3 beza kita boleh menyelamatkan nyawa dan kita masih lagi berfikir2 untuk menggunakannya? Begitu murah nya harga kita kan. Mmmm...think again. Next time, saranan kami ialah cari yang ada ciri tersebut dan yang paliong penting sekali, TUKAR kan semua lanyard (jika anda atau company anda ada menggunakannya) kepada yang selamat....Gut lak ya!

So, dalam himpunan lebih 1300 pengamal safety seluruh negara yang komited, di majlis yang khusus untuk pengamal safety ini, adalah wajar untuk kita betul-betul pasti yang kita memang melakukan perkara yang betul...kerana jika kita tidak, siapa lagi kan? Barulah OSH transformation yang di gong kan itu menjadi kenyataan...kan.

“Doing more things faster is no substitute for doing the right things.”
Stephen R. Covey (born 1932);                 


Itu sahaja untuk coretan kali ini....jumpa lagi dilain masa..adios!

ps: kalau rasa menarik je macam coretan saya ni, sudu-sudikan lah share sama kengkawan...klik je kat ikon bwh tu...fb ke twitter ke...tq eh...tapi kalu rasa ada nak komen, tulis je kan ruangan komen di bawah tu...ya kengkawan.

Thursday, 30 August 2012

Effective Safety Program

Ramai orang bertanya....Macamana nak bagi program safety ni jadik ek?...mmm..dah tentu macam-macam jawapan kita boleh bagi..tapi yang mana satu paling efektif? sebab dalam bab ni, tidak ada jawapan betul atau salah, tapi takut-takut kita pulak yang tersalah pilih cara.

Buat je, asal jadik!...pun boleh jugak kita ambil sebagai jawapan...ada pulak yang cakap...Program tak boleh banyak banyak...nanti tak larat orang nak ikut. Or nanti ramai pulak yang cakap.."best sangat ke safety ni sampai tak habis-habis nak ikit program depa?"...mmm...antara suara2 sumbang yang dah hampir lali bagi setiap orang safety.

Macam Kenal je kan....hehe

Ingat lagi cerita macam gambar tu? Apa pun kita buat...akan ada org tak puas hati punya...kutuk lagi..cakap2 belakang lagi...macam...so what? ada aku kesah? hehe..jalan terus jer...

Pergi lah industri mana sekali pun...perkilangan ke, pembinaan ke, penerbangan ke, perladangan ke..hampir kesemua nya sama. Kerut-kerut sampai orang safety (dibaca Se-Pe-Ti) nak cite keadaanya...Sian depa. (termasuk saya sekali lah tu..hehe)

Pada kami, banyak atau sikit, best atau tidak sesuatu program safety ni, kejayaannya terletak pada peratus penglibatan manusia manusia yang berada di sesuatu organisasi tersebut...dan paling utama adalah penglibatan 100% dari pihak Majikan...sebab umum dah tau...orang akan cenderung untuk ikut apa yang Ketua buat, daripada mengikut apa yang Ketua cakap....setuju? So gunakan segala kreativiti anda tu utk pastikan majikan participate...bukan setakat sain polisi jer..pastu marah marah orang tak follow safety...dia sendiri pun isap rokok dlm meeting...cer cite achener tu?

Jadi selebihnya adalah penglibatan dari pihak pihak operasi..So, kita kena tarik minat orang orang ni dulu terhadap safety sebelum kita boleh megukur "kejadian" safety program kita. Tapi..macamana tu ek? mm...menarik orang orang untuk minat ke arah safety juga adalah safety program bukan? Tak payah fikir jauh...ambil kita sendiri sebagai contoh...memula dulu pun xde lah minat sangat safety ni kan? Pastu..ntah nape tetiba minat pulak. (pasal kat production asyik kena smash je ngan bos je ke...or kat QA x siap2 nak kira rejek orang je ke...or dah nak masuk 12 tahun jadi safety comittee n nak rasa pulak jadi safety executive ke...or apa apa je saja alasan). Catatkan di kertas...letak tajuk sikit, objektif sikit...sapa incharge, target bila nak siap...letak tarikh..pastu kasi bos tenyeh sain dia...dah siap satu program...senang kan?

Selebihnya kita cite nanti eh....adios.
ps: jangan lupa "suka" kami di facebook/ehsmaster ya...(klik je kat gambo fb kat bawah tu..dah ada link nya)


Ingat 2 rules of safety....
Rule #1 : Safety FIRST!!
Rule #2 : When safety conflicts with other elements (operations, business, commercial, cost etc) always refer to Rule #1.

Safety First, and make sure it LAST!

Friday, 20 July 2012

Introduction

Dear READERS,

The world is about to see the new approach on how EHS been discussed before. With this web log, the world of EHS will never be the same again.

To start with, mark your calender....OCTOBER is the month.....2012 is the year....EHS Master will be presenting what been kept secret all this while to the public!

Till then....