Tuesday 4 September 2012

Apple's latest invention - iPad Neck?

Semalam saya menghadirkan diri di satu sesi perkongsian berkenaan ergonomic, yang dibawakan oleh seorang Professor dari salah sebuah universiti terkenal dari negara James Dean. Perkongsian yang cukup bersahaja dan santai tetapi cukup sarat dengan isi untuk ditimba. Berbaloi jugak saya attend. Maklumlah, professor dari amrika dan sangat memang expert dengan topik nya tu.

Antara yang mendapat perhatian saya adalah, di Amerika sekarang, terdapat satu ergonomic isu yang sedang hangit diperkatakan adalah apa yang dipanggil "iPad Neck". Ya..iPad Neck tu penyakit dan bukannya product baru keluaran Apple si gergasi komputer dari Amerika tu!. Menarik bukan...

Jadinya saya cubalah rajin2kan diri mengetik papankunci memanggil pakcik Google...dan hasilnya saya jumpa link kat bawah ni yang agak relevan dengan topik kita ni...so saya share je lah...

http://www.gottabemobile.com/2012/01/26/eveything-you-need-to-know-about-ipad-ergonomics/

Enjoy your reading ya...



ps: kalau rasa menarik je macam coretan saya ni, sudu-sudikan lah share sama kengkawan...klik je kat ikon bwh tu...fb ke twitter ke...tq eh...tapi kalu rasa ada nak komen, tulis je kan ruangan komen di bawah tu...ya kengkawan.

Monday 3 September 2012

COSH 2012 - Spot the Hazard

COSH datang lagi...versi yang ke berapa saya pun kurang pasti, tapi kemeriahannya jika diukur dari jumlah penyertaan yang melebihi 1600 orang (termasuk yang kena rejek sebab tak cukup tempat) tetap meriah. Kali ini pihak pengajur, NIOSH tampak lebih bersedia dan garang berbanding dengan berapa versi yang lalu. Persiapan mereka mengujakan serta meyakinkan. Petugas berada hampir di setiap sudut memerhatikan perjalanan majlis...walaupun ada seorang dua yang agak kelat melemparkan senyuman...mungkin kepenatan barangkali setelah bertugas lebihmasa. Maklumlah, nak melayan serta memuaskan harapan semua tetamu yang berjumlah hampir 1300 tu bukannya satu tugasan remeh kan. Jika tidak betul temponya, haru jugak jadinya. Apapun setakat hari kedua tadi berakhir (kecuali berlakunya sedikit silap cara pengacawati mengumumkan cabutan bertuah menggunakan nombor Id) belum ada sesuatu yang besar untuk digosipkan.  Hampir kesemua peserta berasa hepi...Tahniah penganjur (NIOSH and the Geng)!!! 

“I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.”
Maya Angelou (born 1928);
Poet, Dancer, Producer, Playwright, Director, Author



Majlis pembukaan rasmi oleh YAB Menteri Sumber Manusia dan ucapan dasar Tan Sri Lee Lam Thye sungguh mengujakan. Kalaulah ianya boleh diterjemahkan ke alam yang praktikal dan nyata, semestinya Malasia negaraku ini akan menjadi negara yang selamat dan sihat serta terus menerus menjadi pilihan pelabur luar untuk terus melabur di Malaysia kan? InsyaAllah satu hari nanti....

Dalam pada itu, saya tertarik dengan satu ungkapan didalam ucapan dasar oleh Pengerusi NIOSH itu...katanya (setelah diterjemahringkaskan oleh saya) "safety is not a priority anymore because PIORITY CHANGES, BUT THE CULTURE NOT...so, in order to have a real safe workplace we need a safety culture"...betul juga penyataan tu kan. Hebat jika dikaji maksudnya yang tersirat tu. Seakan kita selama ini yang terbawa bawa  slogan "Safety First" itu tertinggal dari segi pemikirannya pula. Hebat safety ni...

Tapi dipersekitaran yang sama juga, disebalik kata-kata hikmah tadi, sedar atau tidak...atau terlepas pandang...ada pula hazard yang betul-betul didepan mata...perasan tak? Ce perhati...sangat jelas tanpa perlu memerah keringat sure kita boleh nampak...atau kita hanya melihat tanpa memandang kah? Try harder....




Nampak apa bezanya dengan lanyard COSH2012? mmmm....cer tengok sedara sedara nya lanyard tu betul betul....ada bezakan...iaitu Safety Pin. Kebanyakan lanyard yang bertaburan di pasaran ketika ini agak kurang yang mempunyai safety feature ni. Mungkin kerana harganya masih lagi agak mahal jika dibandingkan dengan lanyard biasa di kala ini, tetapi cuba renung sejenak apa yang boleh kita lakukan dengan lebihan harga beza ini setelah berlakunya kecelakaan...berbaloi kah jumlah tersebut? Hanya dengan RM2~3 beza kita boleh menyelamatkan nyawa dan kita masih lagi berfikir2 untuk menggunakannya? Begitu murah nya harga kita kan. Mmmm...think again. Next time, saranan kami ialah cari yang ada ciri tersebut dan yang paliong penting sekali, TUKAR kan semua lanyard (jika anda atau company anda ada menggunakannya) kepada yang selamat....Gut lak ya!

So, dalam himpunan lebih 1300 pengamal safety seluruh negara yang komited, di majlis yang khusus untuk pengamal safety ini, adalah wajar untuk kita betul-betul pasti yang kita memang melakukan perkara yang betul...kerana jika kita tidak, siapa lagi kan? Barulah OSH transformation yang di gong kan itu menjadi kenyataan...kan.

“Doing more things faster is no substitute for doing the right things.”
Stephen R. Covey (born 1932);                 


Itu sahaja untuk coretan kali ini....jumpa lagi dilain masa..adios!

ps: kalau rasa menarik je macam coretan saya ni, sudu-sudikan lah share sama kengkawan...klik je kat ikon bwh tu...fb ke twitter ke...tq eh...tapi kalu rasa ada nak komen, tulis je kan ruangan komen di bawah tu...ya kengkawan.